Thursday, 11 October 2012

Aku Khalifah Allah

Assalamualaikum buat semua pembaca blog =)

Hari ini, insyaAllah ingin aku tuliskan apa peranan manusia ini dijadikan di atas muka bumi ini.

  “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
                                                                                                                           Az- Zariyat: ayat 56


Berdasarkan ayat ini, dapat disimpulkan bahawa manusia ini diciptakan hanyalah sebagai hamba abdi kepada Tuhannya, memperhambakan dirinya kepada tuannya, seperti juga robot yang dicipta manusia, adalah bertujuan untuk berkhidmat kepadanya tuannya sahaja. Hinanya manusia bukan? sebagai hamba sahaja. Malah kita sebagai manusia tidak layak untuk berbangga diri kerana hanya Allah sahaja yang memiliki sifat kebesaran itu. 




Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".                                                                                                       Al-Baqarah: 30


Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai

                            ( IQAMATUDDIN WA SIYASATUNNDUNNYA BIH)

 mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama mengikut syariat deen. 

Awal penciptaan manusia di alam rahim, mereka telah mengakui bahawa Allah itu Tuhannya.



















Alhamdulillah syukur jika kita ini dilahirkan sebagai seorang muslim. Tetapi kebanyakan kita tidak menghayati keindahan agama ini. Kerana apa? kerana agama ini diwarisi daripada datuk nenek kita. Cubalah kita mengkaji tentang keindahan Islam ini, pasti kita akan menghargainya.

Sekian, wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR

Hai semua! Nama saya Nurul Shahira bt Abd Rahman. Korang boleh panggil saya Syera. Sekarang Syera bekerja di sebuah pusat alat bantu pend...