BE BEAUTIFUL INSIDE OUT
Thursday, 19 September 2019
PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR
Hai semua!
Nama saya Nurul Shahira bt Abd Rahman. Korang boleh panggil saya Syera. Sekarang Syera bekerja di sebuah pusat alat bantu pendengaran di Kuala Lumpur.
Syera juga adalah pengguna supplement Shaklee sejak tahun 2018 lagi dan sekarang Syera adalah salah seorang pengedar sah Shaklee area Kuala Lumpur/Selangor.
Salam perkenalan buat semua. Jangan lupa follow fb & ig Syera ya. =)
admin,
Shahira Rahman
+60132388763
fb: Shahira Rahman
ig: shahira.rahman
Friday, 5 April 2019
Welcome post! =)
Hai semua! =)
Buat kedua kali sy rasa teringin nak bekongsi kisah hidup dalam blog ni. First and last time buat blog ni masa kat Foundation Centre, UIAM, PJ, 10 or 9 tahun yg lepas kot hahaha. Time tu famous sangat orang berblogging so sy buat juga. Baru jumpa blog lama ni hehe so jom kita berblogging yosh!!
Ok nantikan entri lain di masa akan datang ya =)
Wednesday, 27 February 2013
Family Management & Parenting
Assalamualaikum. Buat semua pembaca blog.
FAMILY MANAGEMENT & PARENTING, adalah salah satu subjek yang wajib diambil bagi student 2nd year di universiti, IIUM.
Mula2 terasa sangat teruja.. kerana macam2 expectation yang berada dalam fikiran.
Yang pastinya, mula terbayang belajar untuk menjadi seorang ibu yang mithali, isteri yang solehah =)insha Allah, suatu hari nanti.
Sangat terkesan dengan kata2 lecturer, Dr Radhiah, bahawa proses perkahwinan ini adalah salah satu proses kehidupan yang sangat kritikal. Ya, aku akui. Lagi2 aku berdepan dengan masalah ini di universiti. Hurmmm,, susahnya nak mencari.
Apa tidaknya, kita mencari seorang teman hidup yang bukan untuk hidup bersama untuk sehari dua, bahkan sehingga ke akhir hayat, dan lebih panjang lagi hingga ke syurga, ameen. =)
Yang paling penting sekali adalah, bagi mereka yang masih bujang, mestila menjaga adab2 sewaktu mencari pasangan. Bermaksud, proses mencari itu mestilah dalam redha Nya. Dan juga jangan lupa senjata kita yang paling utama, iaitu DOA. Mohon dikurniakan bakal suami yang TERBAIK buat kita, untuk hidup di dunia dan juga akhirat =)
Setakat ini dahulu. To be continued.
KU MENCARI REDHA-MU~
KU MENCARI REDHA-MU~
Monday, 18 February 2013
cita-cita orang berjiwa besar.
BERJIWA BESAR. ADAKAH ANDA INGIN MEMILIKINYA? =)
JOM BACA =)
Cita-cita adalah sesuatu yang murni dan mulia.
Justeru, memilikinya adalah suatu kenescayaan bagi yang mengharapkan kejayaan dan kemenangan.
Hari ini, ajakan saya ialah kita mendekati sejarah manusia yang hebat dan berjiwa besar. Teringat saya, suatu taujih daripada seorang murabbi saya :
“ Jika ingin menjadi hebat, bergaul dan hiduplah bersama orang-orang hebat.”
Membuka lembaran sejarah orang-orang besar, pasti mengujakan kita. Pastinya, kita mendapatkan suatu kenyataan bahawa umumnya orang besar dalam sejarah mempunyai cita-cita yang tinggi dan hebat.
Kenyataan kedua, mereka dengan segenap usaha, keupayaan dan kesungguhannya, umumnya berhasil dan berjaya menggapai harapan dan cita-cita besar yang mereka inginkan.
Ada suatu kisah yang terukir indah dalam sirah. Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mus’ab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan RA, adalah orang besar dan tersohor dalam sejarah perjuangan Islam yang termasuk dalam generasi tabi’in.
Suatu hari, mereka duduk-duduk di pelantaran Ka’bah. Bersembang-sembang, berbual-bual dan berbicara sesama mereka. Uniknya, bicara petang mereka bukan bicara kosong. Tetapi bicara yang mengugah jiwa.
Mus’ab mengangkat perbicaraan mereka petang itu, dengan mengatakan :
“ Bercita-citalah kalian.”
Para sahabat masih terdiam dan enggan menyampaikan cita-citanya, sehingga mereka meminta agar Mus’ab lah yang pertama kali menyatakan cita-cita dan keinginannya.
“ Wahai Mus’ab, mulailah dengan dirimu,” Ujar mereka beramai-ramai.
Mus’ab tersenyum. Lalu menjawab :
“ Aku ingin kaum Muslimin mampu menakluki wilayah Iraq, aku ingin menikahi Sakinah puteri Hussien, dan Aisyah binti Thalhah bin Ubaidillah.”
Jelas, bersemangat dan terarah cita-citanya. Beberapa tahun kemudian, Mus’ab berjaya memperolehi apa yang dicita-citanya itu.
Urwah bin Zubair, lalu berkongsi dan mengungkapkan keinginan serta hajatnya. Katanya, dia bercita-cita ingin menguasai ilmu fiqh dan hadis. Hasilnya, kita dapati dalam sejarah Islam – Urwah memang menjadi salah seorang tokoh ilmuan fiqh dan sangat banyak meriwayatkan hadis.
Kemudian, tibalah giliran Abdul Malik Bin Marwan. Apakah cita-citanya? Katanya, beliau ingin menjadi khalifah. Dan tenyata, akhirnya beliau dilantik menjadi khalifah pada zaman khalifah Umawiyah. Bahkan, beliau bukan sahaja menjadi khalifah yang memiliki banyak ilmu dan kuat beribadah, tetapi menjadi perintis sistem pos, menerjemah pelbagai kitab asing dan membuat wang logam dari emas.
Sedangkan yang terakhir, Abdullah bin Umar mengungkapkan apa yang dicita-citakannya. Ia menegaskan, cita-citanya adalah syurga!
Cita-cita : Luahkan, kongsikan dan gerakkan!
Menarik bukan? Isu dan permasalahan berkaitan cita-cita, harapan dan impian memang menjadi sebahagian daripada tema yang sering dibicarakan oleh para salafusoleh. Malah, ianya – menjadi sesuatu yang diketahui dikalangan mereka apakah cita-cita mereka dalam kehidupan.
Itu generasi tabi’in, bagaimana pula dengan generasi para sahabat Rasulullah SAW yang hidup sezaman dengan baginda?
Amirul Mukmin, Umar Bin Khattab – suatu hari meminta para sahabat untuk mengungkapkan apa yang mereka cita-citakan.
“ Bercita-citalah kalian!.”
Lalu, seorang sahabat menyahut :
“ Aku ingin sekali seluruh bangunan ini terisi emas yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Seseorang menyatakan :
“ Aku ingin ruangan ini dipenuhi dengan permata dan mutiara yang boleh aku infakan di jalan Allah SWT.”
Umar berkata lagi,
“ Bercita-citalah kalian!.”
Mereka mengatakan, “ Kami tidak tahu apa lagi yang boleh kami cita-citakan selain itu ya Amirul Mukminin.”
Saidina Umar Al-Khattab berkata :
“ Aku bercita-cita kalau ruangan ini penuh didatangi oleh orang-orang besar seperti Abu Ubaidah Bin Jarrah, sehingga aku boleh berjihad di jalan Allah SWT bersamanya.”
Subhanallah.Subhanallah. Subhanallah.
Luar biasa hebat!
Sentuhan Rasulullah SAW
Akhir sekali, saya ingin kongsikan sebuah kisah tercatat utuh dalam sirah.
Seorang sahabat Rasulullah SAW, Rabiah bin Kaab namanya. Beliau berkongsi pengalaman ketika bermalam bersama junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW pada suatu malam.
“ Diwaktu malam, aku menghampiri Rasulullah SAW dengan menghantarkan air wudhu dan beberapa keperluan yang lain.”
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepada ku dengan penuh lemah lembut :
“ Apa yang engkau cita-citakan, wahai Rabiah?,”
Rabiah membalas dengan penuh penghormatan :
“ Aku ingin menemanimu di Syurga!,”
Rasululllah SAW bertanya lagi :
“ Selain itu, wahai Rabiah?,”
Rabiah menjawab :
“ Sama sahaja Ya Rasulullah, aku hanya ingin menemanimu di Syurga.”
Rasulullah SAW dengan wajah yang tenang mengatakan :
“ Jika demikian, bantulah aku untuk mewujudkan apa yang engkau inginkan itu dengan memperbanyakan sujud.”
( Hadis Riwayat Muslim)
Cita-cita : Kenyataan Hari Ini Merupakan Mimpi Semalam
Apa yang kita perolehi daripada kisah-kisah ini? Jelas, Rasulullah SAW sendiri mengajukan soalan berkisar cita-cita kepada para sahabat. Inilah didikan daripada junjungan mulia, Rasulullah SAW yang sangat berkesan dalam melahirkan manusia-manusia yang berjiwa luar biasa dan punyai matlamat kehidupan yang jelas dan nyata.
Rasulullah SAW mengajarkan, seseorang tidak hanya cukup dengan mengatakan apa yang ia inginkan, melainkan diperlukan usaha, usaha dan kerja keras untuk mencapainya. Seperti sirah diatas, Rasulullah SAW meminta Rabiah – untuk memperbanyakan sujud dalam usaha beliau merealisasikan cita-citanya untuk bersama Rasulullah SAW di syurga kelak.
Apakah ibrah, pengajaran dan didikan yang kita dapati di sini?
(1) Bercita-citalah kerana itulah amalan generasi sahabat, tabi’in dan para salafusoleh. Sesuatu kejayaan, kecemerlangan dan keberhasilan digapai dengan gambaran cita-cita yang jelas, nyata dan terarah.
(2) Berkongsi, meluahkan dan menyatakan cita-cita, impian dan harapan bukanlah suatu keaiban atau perkara yang memudaratkan tetapi, ianya adalah suatu perkongsian yang sihat. Dengannya, kita lebih bersemangat, terkesan dan akan berusaha lebih gigih bagi mencapainya.
(3) Kita mencontohi kehidupan mereka yang telah pergi kerana kesudahan hidup mereka telah diketahui dan jelas menunjukan bahawa mereka telah membenarkan cita-cita mereka dengan usaha serta tawakkal. Jadi, tunggu apa lagi? Jadikan mereka role model dalam kehidupan kita.
(5) Oleh itu, marilah kita membina cita-cita. Dan, kemudian sama-sama kita berusaha, berusaha, berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk menjejakinya.
(6) Untuk menjadi manusia yang berjiwa besar, pasaklah cita-cita seutuhnya di jiwa dan dada kita. Dan bumikanlah ia di dalam hidup dengan gerakan, amalan dan perbuatan.
Ayuh sahabat-sahabat, teman-teman dan rakan-rakan kalian. Kita diajak dan diseru untuk bercita-cita. Dan, hari ini tanyalah diri kita – apakah cita-citaku dalam hidup ini?
Kita kongsikan, agar terbakar ruh dan jiwa kita – bahawa kita adalah ummat yang bercita-cita tinggi! Pahatlah cita-cita dengan keazaman, kesungguhan dan kesabaran.
Kerana apa?
Hidup perlukan cita-cita.
Perjuangan memerlukan cita-cita
Dan, kejayaan juga perlukan cita-cita.
Gantunglah cita-cita kalian di bulan, kelak bintang bergemerlapan akan berguguran diribaanmu!
sumber :
Thursday, 11 October 2012
Aku Khalifah Allah
Assalamualaikum buat semua pembaca blog =)
Hari ini, insyaAllah ingin aku tuliskan apa peranan manusia ini dijadikan di atas muka bumi ini.
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
Az- Zariyat: ayat 56
Berdasarkan ayat ini, dapat disimpulkan bahawa manusia ini diciptakan hanyalah sebagai hamba abdi kepada Tuhannya, memperhambakan dirinya kepada tuannya, seperti juga robot yang dicipta manusia, adalah bertujuan untuk berkhidmat kepadanya tuannya sahaja. Hinanya manusia bukan? sebagai hamba sahaja. Malah kita sebagai manusia tidak layak untuk berbangga diri kerana hanya Allah sahaja yang memiliki sifat kebesaran itu.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al-Baqarah: 30
Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai
( IQAMATUDDIN WA SIYASATUNNDUNNYA BIH)
mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama mengikut syariat deen.
Awal penciptaan manusia di alam rahim, mereka telah mengakui bahawa Allah itu Tuhannya.
Hari ini, insyaAllah ingin aku tuliskan apa peranan manusia ini dijadikan di atas muka bumi ini.
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.”
Az- Zariyat: ayat 56
Berdasarkan ayat ini, dapat disimpulkan bahawa manusia ini diciptakan hanyalah sebagai hamba abdi kepada Tuhannya, memperhambakan dirinya kepada tuannya, seperti juga robot yang dicipta manusia, adalah bertujuan untuk berkhidmat kepadanya tuannya sahaja. Hinanya manusia bukan? sebagai hamba sahaja. Malah kita sebagai manusia tidak layak untuk berbangga diri kerana hanya Allah sahaja yang memiliki sifat kebesaran itu.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al-Baqarah: 30
Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi. Dalam Kitab Al-Ahkam Sultaniyyah, Al-Mawardi menggariskan peranan khalifah sebagai
( IQAMATUDDIN WA SIYASATUNNDUNNYA BIH)
mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama mengikut syariat deen.
Awal penciptaan manusia di alam rahim, mereka telah mengakui bahawa Allah itu Tuhannya.
Alhamdulillah syukur jika kita ini dilahirkan sebagai seorang muslim. Tetapi kebanyakan kita tidak menghayati keindahan agama ini. Kerana apa? kerana agama ini diwarisi daripada datuk nenek kita. Cubalah kita mengkaji tentang keindahan Islam ini, pasti kita akan menghargainya.
Sekian, wallahua'lam~
Tuesday, 9 October 2012
'WHO AM I?'
Assalamualaikum
Buat pembaca blog..
korang pernah tak terfikir? tiba-tiba saja kita ni ada kat atas dunia?
'eh, kenapa aku duk kat atas dunia ni?'
'apa tujuan aku hidup kat atas dunia ni?'
'siapa yang telah menciptakan aku sebegini sempurna?'
sejak bilakah kita sedar yang kita ni hidup kat atas dunia? -masa umur 2 tahun? ..3 tahun?? atau 4 tahun??? atau semasa tadika mungkin?
'WHO AM I?'
nak tahu jawapan untuk semua soalan diatas??
*POINT TO PONDER!
stay tune...bersambung pada post akan datang =)
Buat pembaca blog..
korang pernah tak terfikir? tiba-tiba saja kita ni ada kat atas dunia?
'eh, kenapa aku duk kat atas dunia ni?'
'apa tujuan aku hidup kat atas dunia ni?'
'siapa yang telah menciptakan aku sebegini sempurna?'
sejak bilakah kita sedar yang kita ni hidup kat atas dunia? -masa umur 2 tahun? ..3 tahun?? atau 4 tahun??? atau semasa tadika mungkin?
'WHO AM I?'
nak tahu jawapan untuk semua soalan diatas??
*POINT TO PONDER!
stay tune...bersambung pada post akan datang =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR
Hai semua! Nama saya Nurul Shahira bt Abd Rahman. Korang boleh panggil saya Syera. Sekarang Syera bekerja di sebuah pusat alat bantu pend...
-
BERJIWA BESAR. ADAKAH ANDA INGIN MEMILIKINYA? =) JOM BACA =) Cita-cita adalah sesuatu yang murni dan mulia. Justeru, memilikinya adalah ...
-
Hai semua! Nama saya Nurul Shahira bt Abd Rahman. Korang boleh panggil saya Syera. Sekarang Syera bekerja di sebuah pusat alat bantu pend...


